Thursday, July 21, 2016
Tuesday, July 12, 2016
Monday, June 27, 2016
Wednesday, June 22, 2016
Monday, June 29, 2015
Friday, May 8, 2015
BENGKEL PEMANTAPAN PELAKSANAAN LITERASI MAKLUMAT

Wednesday, April 8, 2015
KEM MEMBACA 1MALAYSIA
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Adalah dimaklumkan Program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) 2015 Peringkat Kebangsaan akan dilaksana selama 3 hari iaitu pada 23 hingga 25 April 2015 dengan tema "Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia". Sehubungan itu semua sekolah disarankan melaksanakan program tersebut pada tarikh dan masa yang dinyatakan. Sila rujuk surat arahan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang bertarikh 7 April 2015. Tuan/Puan boleh memuat turun salinan surat berkenaan berserta panduan pelaksanaan program berkenaan melalui pautan 'Downloads' pada laman blog ini.
Laporan pelaksanaan program tersebut perlu dihantar ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang (Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan) sebaik selepas program ini dijalankan.
Monday, January 26, 2015
ARAHAN PELAKSANAAN i-NILAM DAN IQ-PSS 2015

Wednesday, January 14, 2015
PERPINDAHAN ALAMAT SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) 2015
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Sekolah di alamat apps4.moe.gov.my/sps/
sudah berpindah ke alamat baharu di
http://sps.moe.gov.my/
Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Sekolah di alamat apps4.moe.gov.my/sps/
sudah berpindah ke alamat baharu di
http://sps.moe.gov.my/
Unit Pengurusan Maklumat
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang
BENGKEL PENYELARASAN BAHAN MBMMBI 2015
Bengkel Penyelarasan Bahan MBMMBI untuk kegunaan sesi
persekolahan 2015 telah diadakan pada 14 Januari 2015 bertempat di Dewan Kuliah
Utama IPGK Pulau Pinang. Peserta yang terlibat
adalah terdiri daripada Ketua
Panitia Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah dan Ketua Panitia
Bahasa Inggeris Sekolah Rendah.
Peserta mendaftar kehadiran |
Penceramah Bengkel En.Hizam Bin Ismail
antara lain memberi penekanan betapa pentingnya penggunaan bahan MBMMBI
dioptimumkan. Jawatankuasa MBMMBI sekolah perlu mengumpul semua bahan (CD) yang
diperolehi sejak tahun 2010 hingga 2015, diletakkan di satu tempat supaya mudah
dirujuk atau digunakan oleh semua guru yang memerlukannya.
Monday, October 27, 2014
ANUGERAH PEMBACA TERBANYAK PERINGKAT PKG
BTPN Pulau Pinang telah
mengadakan Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia dan Anugerah Tokoh Nilam
Negeri Pulau Pinang pada 27 Oktober 2014 bertempat di Dewan SMKA Al Irshad,
Kepala Batas. Disamping penyampaian anugerah Tokoh Nilam Peringkat Negeri turut
diadakan juga anugerah Pembaca Terbanyak Peringkat PKG. Bagi setiap PKG seramai
3 orang pelajar dari sekolah menengah dan 3 orang murid sekolah rendah dipilih
bagi menerima anugerah berkenaan. Senarai penerima anugerah Pembaca Terbanyak 2014
bagi PKG Bayan Lepas adalah seperti berikut:
Peringkat Sekolah
Menengah
Pertama : Mohd Aliff Asraf Bin Rosle SMK
Telok Kumbar
Kedua : Divyadarshini A/P Murali SMK
Batu Maung
Ketiga : Nurul Nafisah Binti Abd Razak SMK Raja Tun Uda
Peringkat Sekolah Rendah
Pertama : Ong Wan Nee SJKC Wen Khai
Kedua : Tan Xuan You SJKC Shih Chung Cwgn.
Ketiga : Cempaka Nurdayana Nasrul Hadi SK Bayan Baru
Tuesday, July 1, 2014
Lawatan Penanda Aras ke Methodist Girls' School
Program Lawatan Penanda Aras ke PSS SMK(P) Methodist telah dilaksanakan pada 1 Julai 2014. Program ini dianjur oleh Jawatankuasa Permuafakatan PKG Bayan Lepas, dan tujuannya untuk memberi pendedahan kepada GPM mengenai aspek pengurusan yang berkesan disamping bertukar-tukar idea dalam membangunkan pusat sumber. Seramai 31 orang GPM dari sekolah-sekolah ahli PKG Bayan Lepas telah menyertai lawatan ini. Semoga pengalaman baharu yang diperolehi dapat membantu GPM meningkatkan kualiti pengurusan pusat sumber di sekolah masing-masing.
![]() |
Peserta Lawatan Penanda Aras |
Tuesday, April 26, 2011
Senarai URL Bagi Peningkatan Penggunaan Pusat Akses Sekolah
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia
Adalah dimaklumkan pihak BTP telah menyediakan senarai URL yang boleh digunakan oleh pelajar dan guru bagi meningkatkan penggunaan Pusat Akses Sekolah. Pihak sekolah bolehlah mencetak senarai ini untuk dijadikan rujukan dan dilekatkan di papan kenyataan di Pusat Akses Sekolah atau mana-mana tempat yang sesuai. Sila muat turun fail yang mengandungi senarai berkenaan di alamat berikut:
www.mediafire.com/?q27e4spqzuypzj3
Adalah dimaklumkan pihak BTP telah menyediakan senarai URL yang boleh digunakan oleh pelajar dan guru bagi meningkatkan penggunaan Pusat Akses Sekolah. Pihak sekolah bolehlah mencetak senarai ini untuk dijadikan rujukan dan dilekatkan di papan kenyataan di Pusat Akses Sekolah atau mana-mana tempat yang sesuai. Sila muat turun fail yang mengandungi senarai berkenaan di alamat berikut:
www.mediafire.com/?q27e4spqzuypzj3
Wednesday, August 11, 2010
Pinjaman Buku Pusat Sumber PKG
Adalah dimaklumkan PKG Bayan Lepas mempunyai banyak bahan bacaan yang dikhaskan untuk rujukan guru-guru. Tidak seperti koleksi buku di pusat sumber sekolah, koleksi buku di PKG lebih memfokuskan kepada bahan-bahan yang profesional yang boleh membantu guru-guru menambah ilmu dalam bidang pendidikan. Bahan-bahan yang ada ini juga boleh membantu guru menyediakan bahan p&p di sekolah. Terdapat juga bahan-bahan bacaan yang boleh dijadikan rujukan untuk guru-guru yang melanjutkan pelajaran.
Untuk makluman guru-guru tidak perlu mendaftar untuk meminjam. Semua guru adalah layak untuk menggunakan bahan-bahan dan membuat pinjaman. Buat masa ini PKG menghadkan maksimum 5 buah buku untuk sekali pinjaman. Tempoh masa pinjaman ialah 2 minggu.
Justeru, semua guru adalah digalakkan untuk datang menyemak buku-buku yang terdapat di PKG. Waktu pinjaman adalah mengikut waktu pejabat.
SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER PKG !!
Untuk makluman guru-guru tidak perlu mendaftar untuk meminjam. Semua guru adalah layak untuk menggunakan bahan-bahan dan membuat pinjaman. Buat masa ini PKG menghadkan maksimum 5 buah buku untuk sekali pinjaman. Tempoh masa pinjaman ialah 2 minggu.
Justeru, semua guru adalah digalakkan untuk datang menyemak buku-buku yang terdapat di PKG. Waktu pinjaman adalah mengikut waktu pejabat.
SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER PKG !!
Subscribe to:
Posts (Atom)