Wednesday, June 22, 2016

Friday, May 8, 2015

BENGKEL PEMANTAPAN PELAKSANAAN LITERASI MAKLUMAT

     Bengkel Pemantapan Pengurusan Literasi Maklumat untuk GPM kawasan PKG Bayan Lepas telah berlangsung pada 16 Mei 2015 bertempat di SMK Teluk Kumbar II, Bayan Lepas. Program ini dianjur oleh Jawatankuasa Pembangunan PSS PKG Bayan Lepas yang dipengerusikan oleh Pengetua SMK Bayan Lepas II. Objektif utama bengkel ialah untuk memberi penerangan yang jelas kepada GPM bagaimana melaksana program literasi maklumat dengan mantap dan berkesan di sekolah. Dua orang penceramah dari BTPN Pulau Pinang telah dijemput, terdiri daripada Penolong Pengarah BTPN Pn Hindon Bt. Ahmad dan Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN En. Roshidi Bin Mat.

Wednesday, April 8, 2015

KEM MEMBACA 1MALAYSIA

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

     Adalah dimaklumkan Program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) 2015 Peringkat Kebangsaan akan dilaksana selama 3 hari iaitu pada 23 hingga 25 April 2015 dengan tema "Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia". Sehubungan itu semua sekolah disarankan melaksanakan program tersebut pada tarikh dan masa yang dinyatakan. Sila rujuk surat arahan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang bertarikh 7 April 2015. Tuan/Puan boleh memuat turun salinan surat berkenaan berserta panduan pelaksanaan program berkenaan melalui pautan 'Downloads' pada laman blog ini.

     Laporan pelaksanaan program tersebut perlu dihantar ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang (Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan) sebaik selepas program ini dijalankan.


Monday, January 26, 2015

ARAHAN PELAKSANAAN i-NILAM DAN IQ-PSS 2015



          Merujuk surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang No. Ruj; BTPN PP 8800/41/10(5) bertarikh 23 Januari 2015 semua sekolah di Pulau Pinang diarah untuk melaksana proses kemaskini data i-NILAM dan penarafan IQ-PSS mulai 26 Januari 2015. Isi kandungan penuh surat berkenaan boleh dimuat turun di pautan ‘Downloads’ pada laman ini.

Wednesday, January 14, 2015

PERPINDAHAN ALAMAT SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) 2015

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Sekolah di alamat apps4.moe.gov.my/sps/
sudah berpindah ke alamat baharu di
http://sps.moe.gov.my/

Unit Pengurusan Maklumat
Jabatan Pendidikan Pulau Pinang

BENGKEL PENYELARASAN BAHAN MBMMBI 2015



    Bengkel Penyelarasan Bahan MBMMBI untuk kegunaan sesi persekolahan 2015 telah diadakan pada 14 Januari 2015 bertempat di Dewan Kuliah Utama IPGK Pulau Pinang. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada Ketua Panitia Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Rendah.
Peserta mendaftar kehadiran
    Penceramah Bengkel En.Hizam Bin Ismail antara lain memberi penekanan betapa pentingnya penggunaan bahan MBMMBI dioptimumkan. Jawatankuasa MBMMBI sekolah perlu mengumpul semua bahan (CD) yang diperolehi sejak tahun 2010 hingga 2015, diletakkan di satu tempat supaya mudah dirujuk atau digunakan oleh semua guru yang memerlukannya.

Monday, October 27, 2014

ANUGERAH PEMBACA TERBANYAK PERINGKAT PKG



BTPN Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia dan Anugerah Tokoh Nilam Negeri Pulau Pinang pada 27 Oktober 2014 bertempat di Dewan SMKA Al Irshad, Kepala Batas. Disamping penyampaian anugerah Tokoh Nilam Peringkat Negeri turut diadakan juga anugerah Pembaca Terbanyak Peringkat PKG. Bagi setiap PKG seramai 3 orang pelajar dari sekolah menengah dan 3 orang murid sekolah rendah dipilih bagi menerima anugerah berkenaan. Senarai penerima anugerah Pembaca Terbanyak 2014 bagi PKG Bayan Lepas adalah seperti berikut:

Peringkat Sekolah Menengah
Pertama          : Mohd Aliff Asraf Bin Rosle                  SMK Telok Kumbar
Kedua              : Divyadarshini A/P Murali                    SMK Batu Maung
Ketiga              : Nurul Nafisah Binti Abd Razak           SMK Raja Tun Uda

Peringkat Sekolah Rendah
Pertama          : Ong Wan Nee                                     SJKC Wen Khai
Kedua              : Tan Xuan You                                     SJKC Shih Chung Cwgn.
Ketiga              : Cempaka Nurdayana Nasrul Hadi       SK Bayan Baru

Tuesday, July 1, 2014

Lawatan Penanda Aras ke Methodist Girls' School

Program Lawatan Penanda Aras ke PSS SMK(P) Methodist telah dilaksanakan pada 1 Julai 2014. Program ini dianjur oleh Jawatankuasa Permuafakatan PKG Bayan Lepas, dan tujuannya untuk memberi pendedahan kepada GPM mengenai aspek pengurusan yang berkesan disamping bertukar-tukar idea dalam membangunkan pusat sumber. Seramai 31 orang GPM dari sekolah-sekolah ahli PKG Bayan Lepas telah menyertai lawatan ini. Semoga pengalaman baharu yang diperolehi dapat membantu GPM meningkatkan kualiti pengurusan pusat sumber di sekolah masing-masing.
Peserta Lawatan Penanda Aras

Tuesday, April 26, 2011

Senarai URL Bagi Peningkatan Penggunaan Pusat Akses Sekolah

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Adalah dimaklumkan pihak BTP telah menyediakan senarai URL yang boleh digunakan oleh pelajar dan guru bagi meningkatkan penggunaan Pusat Akses Sekolah. Pihak sekolah bolehlah mencetak senarai ini untuk dijadikan rujukan dan dilekatkan di papan kenyataan di Pusat Akses Sekolah atau mana-mana tempat yang sesuai. Sila muat turun fail yang mengandungi senarai berkenaan di alamat berikut:
www.mediafire.com/?q27e4spqzuypzj3

Wednesday, August 11, 2010

Pinjaman Buku Pusat Sumber PKG

Adalah dimaklumkan PKG Bayan Lepas mempunyai banyak bahan bacaan yang dikhaskan untuk rujukan guru-guru. Tidak seperti koleksi buku di pusat sumber sekolah, koleksi buku di PKG lebih memfokuskan kepada bahan-bahan yang profesional yang boleh membantu guru-guru menambah ilmu dalam bidang pendidikan. Bahan-bahan yang ada ini juga boleh membantu guru menyediakan bahan p&p di sekolah. Terdapat juga bahan-bahan bacaan yang boleh dijadikan rujukan untuk guru-guru yang melanjutkan pelajaran.

Untuk makluman guru-guru tidak perlu mendaftar untuk meminjam. Semua guru adalah layak untuk menggunakan bahan-bahan dan membuat pinjaman. Buat masa ini PKG menghadkan maksimum 5 buah buku untuk sekali pinjaman. Tempoh masa pinjaman ialah 2 minggu.

Justeru, semua guru adalah digalakkan untuk datang menyemak buku-buku yang terdapat di PKG. Waktu pinjaman adalah mengikut waktu pejabat.

SELAMAT DATANG KE PUSAT SUMBER PKG !!